Kisah ini berlaku 15 tahun yang lepas. Masa itu aku darjah 3 dan masih lagi menetap di Alor Setar. Masa itu juga adalah musim cuti sekolah akhir tahun. Maka nenek dan pakcik bongsu (Ayah Su @ Acu @ Aza) datang menjenguk kami anak beranak.
Seminggu sebelum ketibaan mereka, aku dan ayah keluar bandar untuk bersiar-siar. OTW balik rumah, kami singgah di sebuah kedai makanan borong yang terdapat disitu. So basically, kalau nak beli jajan, kena beli ikut berat. Aku pun meminta ayah aku membelikan 500g keropok sayur. Apa lagi, syok lah kan dapat keropok sayur yang akan aku makan semasa menonton Power Rangers dengan Angah nanti.
Nak dijadikan cerita, setibanya di rumah, keropok sayur yang dibeli Ayah tak berapa elok. Sedap tuh sedap, tapi ada yang dah lemau. Aku tak kisah pun lemau atau tidak, asalkan aku dapat makan keropok itu. Well, hari yang dinantikan pun tiba, dan kami sekeluarga menjemput Acu dan nenek ku ke teratak usang kami.
Acu ni, perangai dia macam budak-budak kerana beliau suka menyakat dan menyakitkan hati anak-anak buah beliau. Pada suatu hari, beliau ternampak bungkusan berisi keropok sayur yang dibeli ayah. Maka beliau pun nak makan juga tapi aku cepat-cepat merampas bungkusan itu. Acu kehairanan dengan tingkah laku aku yang tak berapa normal pada waktu itu.
Aku cakap kat Acu, jangan makan keropok itu sebab tak sedap. Acu balas, “tak kisahlah..orang nak jugak”. Aku tetap berdegil. Tapi last2, aku mengalah juga dengan amara, “orang dah cakap..tak sedap..makan nanti jangan complain”. Acu tetap makan dengan bersahaja tanpa berkata apa-apa. Mujur dia senyap detik hatiku.
MORAL OF THE STORY:
Aku bukanlah kedekut tak mahu bagi keropok itu pada Acu, tapi disebabkan keropok itu lemau dan keropok itu dibeli oleh Ayah, maka aku tak mahu orang lain complain. Ye lah, aku tak mahulah kalau dia kutuk keropok itu tak sedap sebab Ayah yang belikan. Entahlah, aku cepat kecil hati kalau ada pihak lain yang mengkritik barang-barang yang Ayah aku beli. Sebab Ayah aku orang susah masa beliau kecil-kecil dulu, so bagi beliau, tak kisahlah sedap atau tidak, asalkan ada rezeki. So sedikit sebanyak prinsip Ayah itu mempengaruhi hidup aku. Tapi bagi orang lain mungkin mereka tidak dapat menerima hakikat itu.
Kalau makanan tak sedap, terus sahaja dibuang, ataupun kalau sudah kenyang dan tak mampu nak habiskan, mesti dibuang begitu sahaja. Ish..aku cukup pantang bab-bab membazir makanan. Well, aku tak akan bazirkan makanan, tapi kalau orang lain nak buat, lantak merekalah sebab itu rezeki mereka, bukan rezeki aku. Tapikan, kalau makanan yang mereka makan itu adalah pemberian keluarga aku ke, aku yang beli ke, terasa jugaklah beb. Bukan aku nak berkira..tapi sebab tak pandai nak menghargai pemberian orang. Kalau agak-agak tak boleh makan/tak lalu makan..jangan makan langsung, I would be very glad to finish everything right on the table.
